Ahad, 24 April 2011

Fly across the wall

Tahun 2007 dan 2008 bagaikan tahun-tahun latihan untuk aku belajar mengatasi pelbagai masalah yang berat mahupun ringan. Aku fly dari asrama dan mengatur pelbagai strategi supaya aku mampu melintasi tembok asrama dan bebas berfikir dengan lebih tenang walaupun aku merempat selepas itu kerana takut balik rumah. Namun ,itulah yang aku mahu. Kemudian belajar bergaul dengan semua orang sehingga satu pristiwa mengajar aku menjauhi sikap 'homophobic'. Pergi gig di Kuala Lumpur seorang diri dengan niat bukan untuk berhibur semata-mata  tetapi belajar sehingga aku sampai kini masih lagi belajar tentang komuniti luar supaya mampu dikongsi bersama rakan-rakan dalam komuniti yang aku bina bersama.

2009 maka bermulalah ujiannya dan tak perlu aku ulangi cerita suka duka tersebut. Maka 2011 aku pun menerima habuanNya di dunia ini tetapi tetap ada ujian disebaliknya selepas aku sekali lagi terbang melintasi dinding yang mengurung aku daripada kebebasan jiwa ,belenggu yang membuat aku keliru antara kejujuran dan khianat . Kini aku lebih bahagia walau luarannya tampak semak. Masih dengan pendirian aku untuk bersabar dan terus menganalisa supaya aku tidak menghukum membuta tuli.

Ahad, 10 April 2011

Rakaman.

Akhirnya,selesai sudah sesi rakaman semua 6 lagu RedBullet yag mengambil masa 21 jam,,suatu masa yang panjang. Almaklumlah, kami masih belum hebat dari banyak aspek. Tempo,guitar melody ,keupayaan permainan yang bersih dan vocal aku yang teruk,,hahaha,,tapi banyak perkara yang kami belajar dalam minggu yang sibuk ni.,..

Aku dan kami Redbullet yang cool mengucap jutaan terima kasih dengan penuh rasa emosi kepada Bang Madi and family,Pakcik Anuar,Bang Ateng@jeneralmyhem,Bang Malik,Bang Razak ,Bang Amar dan semua yang turut membantu seperti Throw ma yang banyak memberi spirit support yang kuat dan kawan-kawan komuniti serta rasa setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah s.w.t. yang tak terhingga.

oh dan tak lupa,,Botak..''break wis wol''!!!!