Ahad, 24 April 2011

Fly across the wall

Tahun 2007 dan 2008 bagaikan tahun-tahun latihan untuk aku belajar mengatasi pelbagai masalah yang berat mahupun ringan. Aku fly dari asrama dan mengatur pelbagai strategi supaya aku mampu melintasi tembok asrama dan bebas berfikir dengan lebih tenang walaupun aku merempat selepas itu kerana takut balik rumah. Namun ,itulah yang aku mahu. Kemudian belajar bergaul dengan semua orang sehingga satu pristiwa mengajar aku menjauhi sikap 'homophobic'. Pergi gig di Kuala Lumpur seorang diri dengan niat bukan untuk berhibur semata-mata  tetapi belajar sehingga aku sampai kini masih lagi belajar tentang komuniti luar supaya mampu dikongsi bersama rakan-rakan dalam komuniti yang aku bina bersama.

2009 maka bermulalah ujiannya dan tak perlu aku ulangi cerita suka duka tersebut. Maka 2011 aku pun menerima habuanNya di dunia ini tetapi tetap ada ujian disebaliknya selepas aku sekali lagi terbang melintasi dinding yang mengurung aku daripada kebebasan jiwa ,belenggu yang membuat aku keliru antara kejujuran dan khianat . Kini aku lebih bahagia walau luarannya tampak semak. Masih dengan pendirian aku untuk bersabar dan terus menganalisa supaya aku tidak menghukum membuta tuli.

Ahad, 10 April 2011

Rakaman.

Akhirnya,selesai sudah sesi rakaman semua 6 lagu RedBullet yag mengambil masa 21 jam,,suatu masa yang panjang. Almaklumlah, kami masih belum hebat dari banyak aspek. Tempo,guitar melody ,keupayaan permainan yang bersih dan vocal aku yang teruk,,hahaha,,tapi banyak perkara yang kami belajar dalam minggu yang sibuk ni.,..

Aku dan kami Redbullet yang cool mengucap jutaan terima kasih dengan penuh rasa emosi kepada Bang Madi and family,Pakcik Anuar,Bang Ateng@jeneralmyhem,Bang Malik,Bang Razak ,Bang Amar dan semua yang turut membantu seperti Throw ma yang banyak memberi spirit support yang kuat dan kawan-kawan komuniti serta rasa setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah s.w.t. yang tak terhingga.

oh dan tak lupa,,Botak..''break wis wol''!!!!

Ahad, 27 Mac 2011

Dua Tahun Sudah

Tengah hari di hari Khamis pada 26 Mac 2009 ,masih tersentak-sentak aku bila tragedi itu masih menjadi topik utama dalam memori yang masih belum dimamah lupa. Hari itu tidaklah menjadikan aku fobia dan menghalang untuk aku mengejar impian yang masih tak tentu ,akan tetapi hari berdarah itulah merupakan hari yang memercikkan warna dalam catatan hidupku yang tidak pernah kucatit maka berlalulah cerita hidupku sebelum itu  bersama bencana tersebut.

Hari ini Sabtu 26 Mac 2011 maka genaplah tahun kedua tragedi itu berlalu. Genap 2 tahun aku kehilangan,,Genap 2 tahun aku kehilangan sahabat sejati ,,tapi itu memang patut aku lupakan walaupun susah untuk aku lakukan.

'syukur pada Allah atas nikmat dugaannya.'

Isnin, 21 Mac 2011

Tenang

Akhirnya, aku dapat berjumpa dengan abahku di Sg Petani ,Kedah apabila abah duduk di rumah kakak dan abg Ipar ku di sana. Stelah lama tidak bersua ,rasa rindu di hati ini masih meratap kata-kata serta nasihat seorang abah yang terkira banyaknya.  Hidupku di rumah seperti drum tanpa bunyi snare. Tiadalah sempurna hidupku ini tanpa hamba mu itu ya Allah yang meredakan hatiku kala suram menempik. Kini apabila pulang daripada sana maka tenang lah hati ini sedang rindu pada abah masih belum mampu terubat melainkan beberapa buku pemberiannya yang menggantikan suaranya kala ketiadaannya kini.

Ya Allah ya tuhanku yang ku sembah dan tempat aku meminta pertolongan,,,Engkau sembuhkanlah kebahagiaan dan kasih sayang yang gering ini ya Allah. Engkau berkati dan rahmatilah rezeki yang Engkau kurniakan agar tidak pula ia menjadi bencana dan malapetaka buruk kepada keluarga ku..amiin.

Isnin, 14 Mac 2011

tiada tajuk

Makin banyak batu api meloncat-loncat dan dilontar-lontar oleh manusia bermulut busuk. Beralasan dengan simpati namun api yang mula reda  itu dikipas-kipas sehingga menyala kembali. Pengalaman yang ceritanya sekadar dongeng menjadi sandaran untuk tunjuk pandai lalu memandai-mandai. Itulah sebodoh-bodoh dan secelaka manusia yang bercita-cita menjadi binatang. Jika api itu dinyalakan namun dijaga supaya tidak merebak ,maka tidak lah begitu gusar hati ini melalui api itu,,namun, api itu dibiar membakar tubuh emosi  malah ditambah batu api dengan suara busuk berbau cacian kepada orang yang selalu mengingatkan dan beringat dengan pesan-pesan.

Selasa, 8 Mac 2011

Red Bullet

Bercerita tentang band yang aku anggotai sekarang iaitu Red Bullet. Ramai yang tidak tahu bagaimana getirnya band old school hardcore sehingga akhirnya nama band ini diterima oleh masyarakat yang mengikuti aliran hardcore. Walaupun masih tiada apa yang menarik sebenarnya akan tetapi  ada sesuatu yang menarik tentang  kami line-up Redbullet. Hayati lirik lagu ''Red bullet into our arm'' yang dah aku terjemahkan.

''Biarlah apa yang mereka cacikan,kami ingin bercerita kepada anda,
  daripada perjalanan kami untuk ke tempat ini dan seluruh memori 
serta apa yang kami jumpa,, kami ada cerita sebenar untuk anda 
  untuk menjadi pejuang yang kental.

Inilah senjata berpeluru merah ,,
   abuse,betrayal,transgression,opperesion 
dan semua anasir-anasir negatif 
   yang menjadi sasaran bagi apa yang kami gelar
Redbullet..


Kepada semua kesilapan,
   kepada semua penipuan,
kepada semua penindasan,
   kepada semua degradasi.
kepada semua pendengki,,
   kepada semua keangkuhan


Itu semua menjadi sebab kami datang untuk 
membunuh itu semua...


Sampai bila kita hanya melihat 
tangan-tangan mereka membina kehancuran,,
kebodohan yang tidak akan berakhir 
selagi tangan-tangan kita tidak lagi menunggu..


dan takutlah pada perpecahan,
pada kehancuran
dan pada pendarahan,


dari hati kita untuk kepala kita,
dan untuk minda kita,,
Red bullet untuk senjata kita..''  [sorry b.i tak power,so bila translet memang tak gunalah jadinya]


liriklagu ini merupakan cerita tentang si line-up redbullet semuanya kecuali aku yang dengan senyap mempunyai visi/misi sendiri. Mengumpul mereka ini semua yang mempunyai sifat2 yang terdapat dalam lirik dan membina redbullet baru bagi mengubah mindset mereka semua menjadi lebih baik. Alhamdullillah..kini sedikit sebanyak mereka telah pun berubah. Suatu masa bila mereka sudah memahami dengan lebih mendalam dan lagu2 makin hebat atau nama mereka tidak lagi diludah seperti dulu ,,aku terpaksa menarik diri sebelum ''terlambat''. Kami tidak pernah bergaduh,bertekak ,tension sesama sendiri,pertelingkahan dan apa sajalah yang bodoh-bodoh. Cuma sekali apabila Awe menyatakan pendapat untuk menukar nama band maka Dush berasa kecewa kerana lagu-lagu dan nama band merupakan cerita tentang anjakan paradigma Redbullet dan semua line-up . Namun,semuanya baik sahaja..tiada lagu yang akan direject dan tiada nama yang akan ditukar,,,cuma aku yang selalu dilabelkan meniru ein second combat,,mereka tidak tahu suara aku sebenarnya seperti Lan Typewritter..Ramai yang suruh dan minta supaya aku scream supaya tak sama macam ein second combat tapi aku tak nak..sebab suara aku kalau jerit memang macam tu,,awe yang tiba-tiba kata suara aku macam beliau,,ada pula yang mintak teknik nak buat suara seperti itu,,haishh....tak faham..sabar je lah..

Jumaat, 4 Mac 2011

Tekanan

Dengan mudah aku berjaya mengenepikan  tekanan yang menghasut-hasut supaya aku melayannya apabila tangan kiri aku pergi buat selama-lamanya dan tangan kanan yang nampaknya seperti tiada harapan dan selepas itu, setiap masalah dalaman aku hindarkan dan tidak mengendahkan dengan cepat dan mudah sehingga aku tetap tenang berjalan. Namun kini, ada lagi masalah atau dugaan yang lebih berat dan sangat berat. Semua tentang pengorbanan untuk keluarga yang aku gelar ''penghuni tanah rumah ku pangkat tertinggi ..''

Ya,Allah sengaja memberi dugaan  begitu pada aku supaya aku lebih bertambah 'cool' dan tenang kerana aku ada ubat dan pelindung untuk tekanan iaitu...Sabar dan 'OneHandTyper'