Ahad, 30 Januari 2011

Pembedahan

Akhirnya, setelah sekian lama menanti jawapan dari doktor yang buat macam-macam cerita pasal masalah tangan aku ni. Tadi doktor Chan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya telefon dengan khabar gembira,,aku diminta hadir ke ppum sebelum pukul 10am esok..jumpa doktor Nur Hidayah masuk wad dan operet pada hari rabu..

Gud Luck 4 me pliss

Hujan

Hujan serta suhu yang menyerap kedinginan yang aku idamkan ke dalam takdir ku ,, kepanasan sebelum ini tidak ku pedulikan walau terjerang hatiku,, ada juga kadangkala ku terpaling dari kesedaran yang ku janjikan namun cinta hanya untukMu.
Apakah nilai cinta ku ini sehingga Engkau tetap memberi harapan dan seperti  tidak Kau biarkan aku terluka walau sekalipun? Hanya Engkau saja yang tahu . Aku redha dan semoga Engkau meredhai..
   .......
Hujan yang diumpat-umpat rupanya penamat bagi sebuah penantian yang tak dirasa..maka bercurah-curahlah doa serta ucapan semangat dari masyarakat tanah rumahku yang selalu ku banggakan..semoga hujan ini juga menjadi rahmat dan berita gembira untuk semua..

Maaf

Macam ni lah yang aku nak,,kalau tak puas hati jangan terus tarik muka dengan aku dan buat aku tertanya-tanya  macam orang bodoh walaupun aku memang bodoh. Baguslah kau jelaskan apa yang sebenarnya walaupun semuanya sekadar salah faham dari sangkaan buruk kau sendiri dan tidak secara 'face to face' tapi aku tetap nak minta maaf jika itu yang kau rasakan. Aku memang kekurangan ,walau sifat walau hati.

Khamis, 27 Januari 2011

Doktor yang sporting!!

Memang berwajah ketat dan garang dan agak cengeng berkata-kata..,,tapi rupanya kuat sungguh beliau ketawa,,aku pun pelik,aku cakap sikit dah ketawa.. Cukup sporting bila aku mintak tempoh fisiotherapy dipendekkan dengan cara aku yang ngada2 ,,lalu beliau terus berkata ''it's okay''..hahaha..
Walaupun kontena yang diubahsai menjadi sebuah bilik itu tidak seriuh-rendah seperti doktor sebelum ini,,tapi okey lah sebab boleh gurau-gurau..hahahahaa...

Rabu, 26 Januari 2011

Fisioterapi dengan doktor baru

Hari ini merupakan temujanji pertama aku untuk tahun 2011 di unit Pemulihan Carakerja atau Fisiotheraphy di Pusat Perubatan Universiti Malaya di Damansara agak nya,,aku diletakkan di kelas kes peribadi. Kalau dah peribadi doktor pun peribadi lah nampaknya,,
Dulu aku dijaga oleh seorang doktor yang comel lagi lemah lembut,,semangat sungguh nak habiskan minyak kereta ulang alik K.L 2 minggu sekali,,tapi kali ini doktor tersebut telah ditukar ke unit wad pula dan seorang doktor yang juga wanita telah menggantikan beliau.Wahh,,amat tak best sekali kejadian ini apabila yang menggantikannya itu muka nya amatlah ketat dan tidak menyenangkan..

aku harap beliau ketat hanya pada muka,,

Isnin, 24 Januari 2011

Aku

Nama aku Muhammad Syafi'e bin Yusran,,ada 2 nama tokoh di situ dan 'yusran' bermaksud 'kemudahan atau mudah'..
Kekuatan aku bukan terletak pada size fizikal ni,,memang aku seorang yang kudung membuktikan aku sangat lemah,,tapi aku percaya ramai yang tertanya-tanya cara aku menaip...di situlah terletaknya kekuatan ku bila aku mampu berfikir positif..Alhamdullillah

Memang banyak juga aku bercerita tentang agama ,menasihat,mengkritik dan motivate kawan-kawan,,segalanya berhasil dengan baik. Ramai kawan-kawan ku yang berjaya ku perbaiki pemikiran mereka yang dulunya sempit..lalu ku bentuk menjadi seorang yang penuh jatidiri tetapi tanpa mereka sedari..kerana aku bukan tuhan untuk diagung-agungkan..
Tetapi aku bukanlah seorang yang baik dan alim , itu adalah cara aku untuk berkongsi cerita bersama semua yang sudi mengetahui bahawa hidup bukan untuk kita merasakan kepuasan sendiri namun hidup ini
sebenarnya merupakan dewan peperiksaan yang diadakan tanpa mengira waktu.,akan tetapi mengikut tahap kekuatan dan kemampuan seseorang insan itu,,kuncinya ialah sabar.

Ya,aku lebih banyak memikirkan orang lain daripada diri aku sendiri..
dan aku telah terima ujiannya hari ini,,aku redha,,moga Allah memberkatimu..

Ahad, 23 Januari 2011

Tipu diri sendiri

Hari ni memang hari yang sangat bersejarah untuk aku yang bakal mencecah umur puluh2 an setelah ia berlaku sebentar 10 tahun lalu ,lepas tu ia jadi belas2 dan sekarang umur aku memegang title puluh itu dengan bangge nye..
Ya, bile dah dapat title puluh ni umur pun dah makin tua la ,,tapi kalau dah makin tua ni aku selalu berdo'a agar aku dapat berfikir dengan lebih matang dan hebat,,.tapi aku suke buat plan2,muslihat2 mengarut dan menjadi seorang hipokrit sejati bagi mengenal sikap dan perangai kawan-kawan aku,,teruk kan perangai aku?? haha..

So,berhati2lah dengan aku yang kejam ni..tetapi ape yang aku buat bukan untuk kepentingan aku tetapi untuk kebaikan semue supaya tidak terjebak dengan perkara2 yang aku kantoikan nanti..hahaha(sangat kejam)

Hari ini berjaya ku bongkar sesuatu benda yang seperti mangkuk bentuknya yang cuba menipu namun secare tidak bermaruah,,paham tak tipu bermaruah dan tak bermaruah...??   ya, onehandtyper akan explain bende ni sebab blog ni dilahirkan hanya untuk aku mengarut...  so sorry..
Mangkuk tersebut merasa die berjaye menipu dengan baik,,tapi aku hadir menipu ape yang ditipunya..

Tapi entry ni bukan nak cerite pesal mangkuk tu,,tetapi tentang golongan yang menipu diri sendiri...hhahahahaha!!

Khamis, 20 Januari 2011

Mesyuarat komuniti part 2

15 Januari 2011 mesyuarat komuniti d.i.y Tampin yang masih belum bernama sekali lagi diadakan di Sharifah Noor Tampin Square..tujuan nya adalah untuk mendapatkan idea dan kata putus mengenai nama band,,nama mestilah ke arah sesuatu yang tidak bersangkut paut dengan segala ciri yang melanggar etika.. Selain itu, tujuan nya juga adalah meminta idea daripada setiap rakan-rakan untuk aktiviti yang ingin dijalankan dalam komuniti ini.

Seramai 25 orang yang berminat menyertai mesyuarat komuniti pada kali ini dan disertai penuh oleh setiap anggota band masing-masing kecuali Shok dari Sermonize yang sedang berhempas pulas berkerja di pasar malam. Kali ini kehadiran di ambil dengan menulis nama penuh pada sebuah buku yang disediakan oleh Akem Sermonize supaya aku boleh memerhatikan tahap komitmen bagi setiap peserta yang mengaku jujur dan ikhlas ingin berbakti pada komuniti ini dan nama wajib ditulis sendiri.

Antara yang berjaya diputuskan pada mesyuarat kali ini ialah tentang sumbangan wajib setiap hujung bulan . Sebulan setiap ahli wajib menyumbang sebanyak Rm 5 untuk bulan Januari ini sahaja dan bulan seterusnya setiap ahli wajib menyumbang Rm 10 sebulan sehingga aku dan beberapa rakan dapat membuka sebuah studio design dalam tengah tahun ini..dan selepas itu sumbangan diturunkan kembali sebanyak Rm 5 sebulan..
Selain itu, idea untuk nama komuniti ini yang diberikan oleh Pidut Sermonize juga diterima sebulat suara oleh setiap ahli pada kali ini. Minority Trace yang mempunyai maksud yang sangat hebat dan bertepatan sebagai sebuah komuniti yang ingin berkerja keras namun mengekalkan kerendahan hati(maksud akan diterangkan pada blog onehandtyper.blogspot)

Ada juga ahli-ahli baru yang masih belum memahami tentang atitud hc/punk dan fungsi komuniti diminta berjumpa dengan aku di lain masa..tak kira di rumah atau di kedai makan..tapi kalau berani anda diminta terus bertanya kepada Abang Ateng dan rakan-rakan lain..beliau seorang uncle yang cool..

Back to myself

Hari ni rutin kembali seperti dulukala..
haha..tido makan tido..dah tak de nafsu nak berpoye2 kat trek jogging tu..
Juz petang tadi aku ajar Shok Sermonize drive kerete Nissan Sunny kacuk Evo 10 bapak aku kat tapak pasar malam Tampin.. bagus jugak die ni cepat pandai..tapi kelam kabut nak control stereng..
Habis je terus lepak kat futsal taman aku,,tengok Azrai yang tengah belaja main skate bersame iqbal dan Rangga Throw-ma..
Malam lepak rumah dan keluar sebentar bersama2 Rangga,Aboi,Adeq dan Shok kat restoran eksklusif terbaik di Tampin..iaitu Anoor Tom Yam..lpas tu balikrumah dan on9..

humm..walaupun sebenarnye hari-hari macam ni rutin harian aku..dan aku bukannye suke nak keluar jalan2 melainkan pegi kedai makan...ya,,bosan sebenarnye..haha

tapi okeylah dari engkorang kene pegi keje..aku dok rumah goyang kaki..itupun sebab tak leh goyang tangan..kalau tak,,memang semue goyang ah..hoho

dan yang paling best..Solat  dah tak tinggal lagi..kalau tinggal kelam kabut aku bayar balik ..yeahhh..Alhamdullillah..

Rabu, 19 Januari 2011

Serabut dan serabai

Hari ni entah apahal la,fikiran ni serabut tahap tak sekolah nye..selalu cool je kalau ade problem sampai kengkadang sengaje je cari problem sebab bosan..Tapi hari ni ntah apahal la..lepas jogging terus lepak Tandoor sebuah kedai mamak..aku terus fikir apa yang buat aku gelabah ni..lepak la sengsorang kat taman depan nagoya kat Tampin Square tu..

Tiba2 azan maghrib berkumandang indah,,
sedang aku masih lagi dok termenung kat taman tu..

Tersentap tiba-tiba tengok bangla2 pekerja kat kedai mamak tadi bergerak beramai-ramai ke masjid...
hummm...Istighfar yang hanye boleh aku ungkapkan..apedah jadi ngan aku ni..solat pun da banyak tinggal..

dengan laju aku jalan kaki ke masjid jamek Tunku Besar yang terletak 500 meter dari taman tersebut..
walaupun baju berpeluh2,,tapi sah atau tidak..tawakal..

Selasa, 18 Januari 2011

Lapar

Waktu paling aku benci bile aku seorang diri di rumah. Maklum lah aku ni makan bersuap bile waktu begini aku lapar dari pagi tak makan lagi siapa nak suapkan.haish..Hari ni mak,abah dan adik pergi ke ibukota maka aku seorang diri di rumah..Nasi dan lauk semuanya ada tapi tak boleh makan sebab tangan . Yang kawan-kawan semua ntah ke mana perginya . Aku lapar!!!
sabar-sabar..

Humm best juga kalau da ber bini..tapi rasa tak menyempat-nyempat pulak.
Maka aku pun tidur tanpa merempuh waktu solat.

Isnin, 17 Januari 2011

Kerja keras.

Dalam beberapa minggu dalam tahun baru di bulan januari ni kawan-kawan pada setiap band di Tampin semakin berkerja kuat . Abang2 yang kami anggap mentor begitu bersemangat membantu kami yang digelar 'new breed' dalam scene Tampin. Daripada muzik sampailah ke attitude di ajar oleh abang Malik,Razak dan Ateng.
Band dari 3 genre yang berbeza tetapi tetap berkongsi meja di kedai mamak iaitu Throw-ma(grind/tech) ,Red Bullet (old school hardcore) dan Sermonize (metalcore).

semoga semangat dan komitmen sebegini akan berterusan sehingga ke generasi selepas ini.

Sabtu, 15 Januari 2011

mesyuarat komuniti part 1

Sabtu yang lalu (8jan '11) mesyuarat komuniti yang pertama telah pun diadakan dengan dihadiri seramai 9 orang semuanya. Isi mesyuarat yang pertama itu lebih kepada pengenalan tentang komuniti ini serta kefahaman etika dan attitude di dalam komuniti ini yang menjadi kepentingan bagi sesebuah komuniti . Tujuan nya ialah untuk menguatkan semangat setiap ahli dan supaya komitmen dan solidariti yang kuat dapat disumbangkan. Alhamdullillah setiap 9 orang pada hari itu mudah memahami tentang perkara ini.
Setiap ahli juga diberikan ruang untuk meluahkan tentang apa yang mereka dapat setelah mempelajari etika ini dan salah seorang menyedari bahawa apa setiap insan itu mahu yang berada di bawah atau atas tidak ada perbezaan yang munasabah untuk dinyatakan. Semuanya bersetuju untuk bersatu padu bagi membentuk komuniti ini menjadi komuniti yang lebih bermanfaat..

Jumaat, 14 Januari 2011

Pengenalan

Salam semua,
 ini adalah blog ke 2 daripada aku ''one hand typer'' . Blog baru ini lebih kepada report berkenaan catatan kehidupan aku dan  boleh juga digelar ''public diary''.
 Tujuan utama nya ialah untuk mengembang kan pemikiran aku untuk mengesan moral dalam kehidupan yang aku per''Hati''kan untuk kita kongsi bersama. Blog ini juga lebih kepada personal yang terlampau namun aku kongsikan bersama....