Selasa, 8 Februari 2011

Abang ku mari..

Hari ini abang aku dari Johor datang bersama kakak ipar dan anak-anaknya.

Sedang aku tidur dalam waktu menghampiri Asar,,aku terasa seperti ada tangan-tangan kecil mereba-raba peha ku..Aku toleh dan beliau ialah Aiman anak saudara aku yang kedua dari 3 orang adik beradik.yang sulung bernama Rifqi Aizat dan yang bongsu Airel ..Aku memandang pintu sambil bergurau-gurau dengan Aiman,,tiba-tiba masuk seorang gadis berbaju kuning ,,Aku yang baring dan terkangkang dengan pantas terus duduk.....''hai'' beliau yang kuning itu menyapa,,aku jawab ''hai''....beliau ialah seorang Kak Linda adik kakak ipar aku yang aku gelar Kak Epi..

Selepas membalas beberapa perkataan dari beberapa soalan beliau yang kuning,,aku keluar daripada bilik tidur dan bermula lah hari petang ini sehingga Abang Eri pulang semula ke Johor di malam hari yang ini juga.
Anak-anak yang dahsyat dan kelaka buat aku rasa benar-benar seperti seorang Pak Cik sebab sebelum ini perangai aku masih budak-budak .

Keluar makan bersama abang dan teman baiknya selepas maghrib,,
wahh..walaupun sekejap,,kali ini baru aku rasa seperti abang-abang,,
haha..aku pun tak paham sangat..

Sebelum mereka pulang ,terjadi sebuah tragedi dahsyat apabila,,
Aizat dan Aiman berkeras tak nak pulang sebab nak main  game pada pc  rumah aku...
Tapi  segalanya berjalan lancar...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan