Jumaat, 4 Mac 2011

Keputusan

Memang sudah seperti kebiasaan jikalau wang seperti wasiat atau pampasan ataupun apa wang yang datang luar biasa banyaknya tetapi bukan daripada usaha tangan kita sendiri pasti akan berlaku pertelingkahan. Itulah yang terjadi pada aku kini apabila masalah mula timbul tentang keputusan aku untuk menyimpan wang ini di dalam bank secara simpanan tetap selama 20 tahun. Bukan apa,aku baru berumur 20 tahun dan aku tidak mahu menjadi remaja yang nampak berada ,banyak wang, kereta cantik dan punya perniagaan sendiri. Aku ingin menjadi remaja selagi aku masih belum berkahwin dan aku tidak akan sesekali melupakan tanggungjawab aku terhadap keluarga ini.

Susah nak diceritakan kerana ia berkenaan keluarga aku sendiri. Semoga Allah subhanawataala menunjukkan jalan untuk ku seperti orang-orang yang Dia telah beri nikmat ke atas mereka. Amiin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan