Ahad, 24 April 2011

Fly across the wall

Tahun 2007 dan 2008 bagaikan tahun-tahun latihan untuk aku belajar mengatasi pelbagai masalah yang berat mahupun ringan. Aku fly dari asrama dan mengatur pelbagai strategi supaya aku mampu melintasi tembok asrama dan bebas berfikir dengan lebih tenang walaupun aku merempat selepas itu kerana takut balik rumah. Namun ,itulah yang aku mahu. Kemudian belajar bergaul dengan semua orang sehingga satu pristiwa mengajar aku menjauhi sikap 'homophobic'. Pergi gig di Kuala Lumpur seorang diri dengan niat bukan untuk berhibur semata-mata  tetapi belajar sehingga aku sampai kini masih lagi belajar tentang komuniti luar supaya mampu dikongsi bersama rakan-rakan dalam komuniti yang aku bina bersama.

2009 maka bermulalah ujiannya dan tak perlu aku ulangi cerita suka duka tersebut. Maka 2011 aku pun menerima habuanNya di dunia ini tetapi tetap ada ujian disebaliknya selepas aku sekali lagi terbang melintasi dinding yang mengurung aku daripada kebebasan jiwa ,belenggu yang membuat aku keliru antara kejujuran dan khianat . Kini aku lebih bahagia walau luarannya tampak semak. Masih dengan pendirian aku untuk bersabar dan terus menganalisa supaya aku tidak menghukum membuta tuli.

Ahad, 10 April 2011

Rakaman.

Akhirnya,selesai sudah sesi rakaman semua 6 lagu RedBullet yag mengambil masa 21 jam,,suatu masa yang panjang. Almaklumlah, kami masih belum hebat dari banyak aspek. Tempo,guitar melody ,keupayaan permainan yang bersih dan vocal aku yang teruk,,hahaha,,tapi banyak perkara yang kami belajar dalam minggu yang sibuk ni.,..

Aku dan kami Redbullet yang cool mengucap jutaan terima kasih dengan penuh rasa emosi kepada Bang Madi and family,Pakcik Anuar,Bang Ateng@jeneralmyhem,Bang Malik,Bang Razak ,Bang Amar dan semua yang turut membantu seperti Throw ma yang banyak memberi spirit support yang kuat dan kawan-kawan komuniti serta rasa setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah s.w.t. yang tak terhingga.

oh dan tak lupa,,Botak..''break wis wol''!!!!

Ahad, 27 Mac 2011

Dua Tahun Sudah

Tengah hari di hari Khamis pada 26 Mac 2009 ,masih tersentak-sentak aku bila tragedi itu masih menjadi topik utama dalam memori yang masih belum dimamah lupa. Hari itu tidaklah menjadikan aku fobia dan menghalang untuk aku mengejar impian yang masih tak tentu ,akan tetapi hari berdarah itulah merupakan hari yang memercikkan warna dalam catatan hidupku yang tidak pernah kucatit maka berlalulah cerita hidupku sebelum itu  bersama bencana tersebut.

Hari ini Sabtu 26 Mac 2011 maka genaplah tahun kedua tragedi itu berlalu. Genap 2 tahun aku kehilangan,,Genap 2 tahun aku kehilangan sahabat sejati ,,tapi itu memang patut aku lupakan walaupun susah untuk aku lakukan.

'syukur pada Allah atas nikmat dugaannya.'

Isnin, 21 Mac 2011

Tenang

Akhirnya, aku dapat berjumpa dengan abahku di Sg Petani ,Kedah apabila abah duduk di rumah kakak dan abg Ipar ku di sana. Stelah lama tidak bersua ,rasa rindu di hati ini masih meratap kata-kata serta nasihat seorang abah yang terkira banyaknya.  Hidupku di rumah seperti drum tanpa bunyi snare. Tiadalah sempurna hidupku ini tanpa hamba mu itu ya Allah yang meredakan hatiku kala suram menempik. Kini apabila pulang daripada sana maka tenang lah hati ini sedang rindu pada abah masih belum mampu terubat melainkan beberapa buku pemberiannya yang menggantikan suaranya kala ketiadaannya kini.

Ya Allah ya tuhanku yang ku sembah dan tempat aku meminta pertolongan,,,Engkau sembuhkanlah kebahagiaan dan kasih sayang yang gering ini ya Allah. Engkau berkati dan rahmatilah rezeki yang Engkau kurniakan agar tidak pula ia menjadi bencana dan malapetaka buruk kepada keluarga ku..amiin.

Isnin, 14 Mac 2011

tiada tajuk

Makin banyak batu api meloncat-loncat dan dilontar-lontar oleh manusia bermulut busuk. Beralasan dengan simpati namun api yang mula reda  itu dikipas-kipas sehingga menyala kembali. Pengalaman yang ceritanya sekadar dongeng menjadi sandaran untuk tunjuk pandai lalu memandai-mandai. Itulah sebodoh-bodoh dan secelaka manusia yang bercita-cita menjadi binatang. Jika api itu dinyalakan namun dijaga supaya tidak merebak ,maka tidak lah begitu gusar hati ini melalui api itu,,namun, api itu dibiar membakar tubuh emosi  malah ditambah batu api dengan suara busuk berbau cacian kepada orang yang selalu mengingatkan dan beringat dengan pesan-pesan.

Selasa, 8 Mac 2011

Red Bullet

Bercerita tentang band yang aku anggotai sekarang iaitu Red Bullet. Ramai yang tidak tahu bagaimana getirnya band old school hardcore sehingga akhirnya nama band ini diterima oleh masyarakat yang mengikuti aliran hardcore. Walaupun masih tiada apa yang menarik sebenarnya akan tetapi  ada sesuatu yang menarik tentang  kami line-up Redbullet. Hayati lirik lagu ''Red bullet into our arm'' yang dah aku terjemahkan.

''Biarlah apa yang mereka cacikan,kami ingin bercerita kepada anda,
  daripada perjalanan kami untuk ke tempat ini dan seluruh memori 
serta apa yang kami jumpa,, kami ada cerita sebenar untuk anda 
  untuk menjadi pejuang yang kental.

Inilah senjata berpeluru merah ,,
   abuse,betrayal,transgression,opperesion 
dan semua anasir-anasir negatif 
   yang menjadi sasaran bagi apa yang kami gelar
Redbullet..


Kepada semua kesilapan,
   kepada semua penipuan,
kepada semua penindasan,
   kepada semua degradasi.
kepada semua pendengki,,
   kepada semua keangkuhan


Itu semua menjadi sebab kami datang untuk 
membunuh itu semua...


Sampai bila kita hanya melihat 
tangan-tangan mereka membina kehancuran,,
kebodohan yang tidak akan berakhir 
selagi tangan-tangan kita tidak lagi menunggu..


dan takutlah pada perpecahan,
pada kehancuran
dan pada pendarahan,


dari hati kita untuk kepala kita,
dan untuk minda kita,,
Red bullet untuk senjata kita..''  [sorry b.i tak power,so bila translet memang tak gunalah jadinya]


liriklagu ini merupakan cerita tentang si line-up redbullet semuanya kecuali aku yang dengan senyap mempunyai visi/misi sendiri. Mengumpul mereka ini semua yang mempunyai sifat2 yang terdapat dalam lirik dan membina redbullet baru bagi mengubah mindset mereka semua menjadi lebih baik. Alhamdullillah..kini sedikit sebanyak mereka telah pun berubah. Suatu masa bila mereka sudah memahami dengan lebih mendalam dan lagu2 makin hebat atau nama mereka tidak lagi diludah seperti dulu ,,aku terpaksa menarik diri sebelum ''terlambat''. Kami tidak pernah bergaduh,bertekak ,tension sesama sendiri,pertelingkahan dan apa sajalah yang bodoh-bodoh. Cuma sekali apabila Awe menyatakan pendapat untuk menukar nama band maka Dush berasa kecewa kerana lagu-lagu dan nama band merupakan cerita tentang anjakan paradigma Redbullet dan semua line-up . Namun,semuanya baik sahaja..tiada lagu yang akan direject dan tiada nama yang akan ditukar,,,cuma aku yang selalu dilabelkan meniru ein second combat,,mereka tidak tahu suara aku sebenarnya seperti Lan Typewritter..Ramai yang suruh dan minta supaya aku scream supaya tak sama macam ein second combat tapi aku tak nak..sebab suara aku kalau jerit memang macam tu,,awe yang tiba-tiba kata suara aku macam beliau,,ada pula yang mintak teknik nak buat suara seperti itu,,haishh....tak faham..sabar je lah..

Jumaat, 4 Mac 2011

Tekanan

Dengan mudah aku berjaya mengenepikan  tekanan yang menghasut-hasut supaya aku melayannya apabila tangan kiri aku pergi buat selama-lamanya dan tangan kanan yang nampaknya seperti tiada harapan dan selepas itu, setiap masalah dalaman aku hindarkan dan tidak mengendahkan dengan cepat dan mudah sehingga aku tetap tenang berjalan. Namun kini, ada lagi masalah atau dugaan yang lebih berat dan sangat berat. Semua tentang pengorbanan untuk keluarga yang aku gelar ''penghuni tanah rumah ku pangkat tertinggi ..''

Ya,Allah sengaja memberi dugaan  begitu pada aku supaya aku lebih bertambah 'cool' dan tenang kerana aku ada ubat dan pelindung untuk tekanan iaitu...Sabar dan 'OneHandTyper'

Keputusan

Memang sudah seperti kebiasaan jikalau wang seperti wasiat atau pampasan ataupun apa wang yang datang luar biasa banyaknya tetapi bukan daripada usaha tangan kita sendiri pasti akan berlaku pertelingkahan. Itulah yang terjadi pada aku kini apabila masalah mula timbul tentang keputusan aku untuk menyimpan wang ini di dalam bank secara simpanan tetap selama 20 tahun. Bukan apa,aku baru berumur 20 tahun dan aku tidak mahu menjadi remaja yang nampak berada ,banyak wang, kereta cantik dan punya perniagaan sendiri. Aku ingin menjadi remaja selagi aku masih belum berkahwin dan aku tidak akan sesekali melupakan tanggungjawab aku terhadap keluarga ini.

Susah nak diceritakan kerana ia berkenaan keluarga aku sendiri. Semoga Allah subhanawataala menunjukkan jalan untuk ku seperti orang-orang yang Dia telah beri nikmat ke atas mereka. Amiin..

Selasa, 1 Mac 2011

The Most Genius

Untunglah..sampai sekarang kawan-kawan masih lagi ambik berat tentang diri aku..but,masih tak sama macam arwah yag rilek je dengar masalah dalaman aku...hummm..AlFatihah.
Ya,,aku masih rindukan dia. Sahabat susah senang. Tak pernah ade pertelagahan antara kami. Apa yang aku minat  dia minat apa yang aku benci dia benci...Allah Maha Bijaksana,Dia masih meletakkan hikmah yang agung pada setiap dugaan walaupun sepatutnya ia adalah balasan kepada aku yang jahil ini  supaya aku sentiasa bersyukur...

Walaubagaimanapun, this is my life..full of colours and careless but this is my life. I love my life and my self. Thanks to Allah for the grace to the present...

Isnin, 28 Februari 2011

Cukup Setakat Ini.

Akhirnya,semua sudah faham apa yang aku ajar dan kini mereka pula yang mula mengajar kepada mereka yang lain. Sifat aku bukanlah seorang penegur kesalahan tapi aku suka melakukan sesuatu tanpa sesiapa ketahui sehinggalah ia menjadi. Jika dia ego,rosak dan mula membuat perkara yang tidak baik..aku biarkan sehinggalah dia terkena baru aku tiba untuk menceramah.

Namun,hingga di sinilah segalanya. Aku mahu tumpukan pada life and hereafter but I am always hardcore so Red Bullet...I will always singing and screaming with us...

Duit

Setelah fikiran mula kusut tentang poket yang kering,sedang hati rasa mau mencari kerja tapi tak mungkin akhirnya..Lawyer bernama tuan Govi menelefon abah ku dan meminta supaya menghantar buku akaun bank kepada belau di Bahau. Syukur Alhamdullillah...Tapi aku tak berapa hairan tentang wang beratus-ratus ribu tu sebab Cik Azhar boleh membantu supaya aku mendapat elaun daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

first mission...UMRAH...insyaAllah..

Selasa, 22 Februari 2011

Siap 2 gig untuk redbullet bulan ni. Lepas ni insyaAllah bulan April pula kat Batu Pahat,Johor. Tapi tak tahulah jika ada 'invited' untuk bulan depan. Lepas ni Awe boleh berehat sebentar dan mencipta lagu-lagu baru yang cool. Aku pun boleh tidur dan makan. huhumm..

Sabtu, 19 Februari 2011

kabut..

kau boleh cerite kat  aku yang kau bagus,,but jangan sesekali cerite yg kau kene puji ..aku tak kisah sebenarnye,,tapi takyah la batak sangat dengan puji2an ..aku berape  kali kene puji,,tapi aku tak pernah cerite pun..aku just nak berkawan bukan nak orang tengok aku bagus,,tapi aku nak cari kawan..pergi mati same kau punye hipokrit..

Selasa, 15 Februari 2011

Let's get it on part 2

[13/2]

Hari ini merupakan hari yang best dan semua sudah menjangkakan tuah pasti hadir hari ini . Gig pertama untuk komuniti hardcore kami di tampin..Walaupun bukan komuniti ini yang menganjurkan tetapi inilah hari keramaian pertama untuk kawan-kawan dalam komuniti..Alhamdullillah,,semuanya berjalan lancar..hampir semua anak2 komuniti hardcore Tampin hadir dalam pesta hari ini...thanks guy and congratulation,,komitment anda semua amat cemerlang..semoga ini semua terus berkekalan..

-----------------------------------------------------------------------------

Red Bullet ,band aku ,Awe, Angah dan Dush juga beraksi sebagai 'opening act'..hummmm...oke atau tak,,kitorang kena dengar dulu komen dari abang-abang ,,bukan kerana aku tidak yakin pada diri,,apa salahnya aku mendengar pendapat mereka yang berkurun lebih tua daripada aku dan berjuta pengalaman tercatat dalam hidup nyata mereka ,,lagipun idea-idea mereka memang hebat dan ramai yang cemburu hahaha...lagipun kami  bersyukur mereka mahu turun padang menyumbang dan mewariskan ilmu mereka tanpa sebarang bayaran,,cume penghargaan dari kita sendiri kepada mereka semua..

Throw ma band kawan-kawan taman aku yang dikemudi bersama-sama oleh Rashid,Engga Rezwan,Adeq dan Aboi Azwar. Hebat,setelah pelbagai dugaan membentuk mereka namun,hati mereka tetap kental. Mereka telah membuktikannya hari ini di Tampin dengan sambutan 'crowd' yang baik.

Bacterio Static ,,aku memang nak tengok semua band tetapi keadaan aku yang lemah buat kepala aku pening. Aku terpaksa meninggalkan  'audience pit' ke kedai mamak untuk mumungut kembali tenaga. Maaf dipinta..Tapi, bang Ateng tahu cerita.

Drama Coma,,aku tiba semasa mereka sedang mengumumkan lagu terakhir bagi slot mereka..ah lambat,,band yang semakin digilai oleh anak-anak band Throw ma. Walaupun dapat tengok lagu akhir sahaja namun,aku dapat merasakan kehebatan tersebut...
.thanks Frodo dan Diana kerana sudi tegur sebab aku pemalu tahap gaban ,,,walaupun dapat sembang kejap tapi it's great..

Finger Inc dengan genre skankin..husihh..betul ke ada dua bunga yang hebat,,hahaha..aku dah cakap  semua tak percaya sekali engkorang tengoklah....best,,tapi spoil lah tangan ..tak dapat aku nak lompat-lompat ngan diorang sekali...

Ilamitra yang datang dari Singapore,,aku dah agak band ni power..tapi setiap lagu pasti Sealan iaitu vocal/guitar berceramah dahulu..dan yang best bila beliau kata ''relax,this is just a music,,LORD is the most more important..you must know''
Tapi sound mereka hebat,kepala aku sakit 'headbanging'..aku pun keluar selepas 2 lagu ,lagipun crowd dah aggresive,,bahaya untuk aku yang baru lepas pembedahan.

Carburetur Dung seyhhhh...waaa..abang-abang dan pakcik-pakcik yang best..sebenarnya ni first time aku tonton show mereka,,sebelum ni just tau lagu je..teruja bila sin can bawak aku gurau-gurau dengan Joe ..hahaha,,tapi cam biasa ..orang kalau dah duduk selantai lah dengan kita..kira dah berkenalan lah tu..haha...
Tapi hebat oww,,aku tensen je tangan aku ni yang masih diikat bersama 'safety apo tah'' ...kalau tak mesti dah tergolek-golek bersama-sama mereka sekali..

WMFM dari Seremban best,,dah lama diorang tak keluar sekali hebat wey..dengan alat muzik bentuk paip dari Australia..,,tu adalah alat muzik traditional dari Australia,,tapi aku lupa lagi nama nya.but,,lagu diorang very the spirit,,i like...
[aku suka..wow sekali lagi..]

Circuit akhirnya mengambil tempat di atas stage yang baru dibina oleh bang Madi pemilik studio Seventh Heaven yang bayarkan te'o suam yang aku lupa bayar.
Ini band yang tour bersama Daighila dan mereka semua berasal daripada Australia ,,meraka dalam program tour Nusantara ,,malaysia,indonesia,singapore.....
Hebat dan kental aku suka,,dan sekali lagi aku nak cakap,,tangan spoil,,tak dapat nak mosh..
Drummer mereka menarik perhatian dengan hentakan yang semangat melampau..terkejut-kejut aku tengok...[tapi caya oo.,pergghhh]

Daighila yang banyak dah perform kat Tampin,,maklumlah Rembau-Tampin tak jauh pun,,pejabat pendidikan pun share..Tapi Daighila  kali ni memang hebat,,muzik diorang memang ada lain,,tapi still violence ohh..performance kemas je..bila tengok Apit drummer nya ketuk-ketuk itu drum,,terkenang cita-cita yang putus,,hahaha cool..

*gig sebelum ni best,,,tapi yang ini paling besttt...
ramai antara crowd dan band-band mengucapkan ''thank you Tampin..''

Selasa, 8 Februari 2011

Abang ku mari..

Hari ini abang aku dari Johor datang bersama kakak ipar dan anak-anaknya.

Sedang aku tidur dalam waktu menghampiri Asar,,aku terasa seperti ada tangan-tangan kecil mereba-raba peha ku..Aku toleh dan beliau ialah Aiman anak saudara aku yang kedua dari 3 orang adik beradik.yang sulung bernama Rifqi Aizat dan yang bongsu Airel ..Aku memandang pintu sambil bergurau-gurau dengan Aiman,,tiba-tiba masuk seorang gadis berbaju kuning ,,Aku yang baring dan terkangkang dengan pantas terus duduk.....''hai'' beliau yang kuning itu menyapa,,aku jawab ''hai''....beliau ialah seorang Kak Linda adik kakak ipar aku yang aku gelar Kak Epi..

Selepas membalas beberapa perkataan dari beberapa soalan beliau yang kuning,,aku keluar daripada bilik tidur dan bermula lah hari petang ini sehingga Abang Eri pulang semula ke Johor di malam hari yang ini juga.
Anak-anak yang dahsyat dan kelaka buat aku rasa benar-benar seperti seorang Pak Cik sebab sebelum ini perangai aku masih budak-budak .

Keluar makan bersama abang dan teman baiknya selepas maghrib,,
wahh..walaupun sekejap,,kali ini baru aku rasa seperti abang-abang,,
haha..aku pun tak paham sangat..

Sebelum mereka pulang ,terjadi sebuah tragedi dahsyat apabila,,
Aizat dan Aiman berkeras tak nak pulang sebab nak main  game pada pc  rumah aku...
Tapi  segalanya berjalan lancar...

Jumaat, 4 Februari 2011

Home sweet home

Akhirnya,sampai juga aku ke rumah yang hebat ini kembali selepas terlantar 5 hari di katil U0826 di wad 8U.
Lepak dengan tokoh-tokoh diabetes dan uncle yang kelaka..Termasuk aku ada 4 orang semuanya dalam wad yang amat selesa.Aku ditemani oleh Shok selama 3 hari dan parents aku selepas itu..
Nurse2 ada yang gedik ,ada yang garang ,sempit hati pun ada..haishhhh....tapi tercabar juga iman dengan diorang ini.
Astaghfirullah...

Operet hari rabu , kesian Doktor Dayah ngan Doktor bius nak cari darah aku bukan main susah..haha..tapi aku yang kesian kena cucuk sana sini..kat tangan,kaki,leher..
seksa tapi  syok dicucuk-cucuk..haishhh..tak baik..

Walaupun feeling tak sama best macam kat Hospital Seremban dulu,,tapi Alhamdullillah ,,semuanya berjalan lancar dan selamat atas doa sahabat-sahabat dan saudara-saudara semua..post2 Facebook yang mendoakan keselamatan aku oleh sahabat2 semua

Terima Kasih

Ahad, 30 Januari 2011

Pembedahan

Akhirnya, setelah sekian lama menanti jawapan dari doktor yang buat macam-macam cerita pasal masalah tangan aku ni. Tadi doktor Chan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya telefon dengan khabar gembira,,aku diminta hadir ke ppum sebelum pukul 10am esok..jumpa doktor Nur Hidayah masuk wad dan operet pada hari rabu..

Gud Luck 4 me pliss

Hujan

Hujan serta suhu yang menyerap kedinginan yang aku idamkan ke dalam takdir ku ,, kepanasan sebelum ini tidak ku pedulikan walau terjerang hatiku,, ada juga kadangkala ku terpaling dari kesedaran yang ku janjikan namun cinta hanya untukMu.
Apakah nilai cinta ku ini sehingga Engkau tetap memberi harapan dan seperti  tidak Kau biarkan aku terluka walau sekalipun? Hanya Engkau saja yang tahu . Aku redha dan semoga Engkau meredhai..
   .......
Hujan yang diumpat-umpat rupanya penamat bagi sebuah penantian yang tak dirasa..maka bercurah-curahlah doa serta ucapan semangat dari masyarakat tanah rumahku yang selalu ku banggakan..semoga hujan ini juga menjadi rahmat dan berita gembira untuk semua..

Maaf

Macam ni lah yang aku nak,,kalau tak puas hati jangan terus tarik muka dengan aku dan buat aku tertanya-tanya  macam orang bodoh walaupun aku memang bodoh. Baguslah kau jelaskan apa yang sebenarnya walaupun semuanya sekadar salah faham dari sangkaan buruk kau sendiri dan tidak secara 'face to face' tapi aku tetap nak minta maaf jika itu yang kau rasakan. Aku memang kekurangan ,walau sifat walau hati.

Khamis, 27 Januari 2011

Doktor yang sporting!!

Memang berwajah ketat dan garang dan agak cengeng berkata-kata..,,tapi rupanya kuat sungguh beliau ketawa,,aku pun pelik,aku cakap sikit dah ketawa.. Cukup sporting bila aku mintak tempoh fisiotherapy dipendekkan dengan cara aku yang ngada2 ,,lalu beliau terus berkata ''it's okay''..hahaha..
Walaupun kontena yang diubahsai menjadi sebuah bilik itu tidak seriuh-rendah seperti doktor sebelum ini,,tapi okey lah sebab boleh gurau-gurau..hahahahaa...