Rabu, 26 Januari 2011

Fisioterapi dengan doktor baru

Hari ini merupakan temujanji pertama aku untuk tahun 2011 di unit Pemulihan Carakerja atau Fisiotheraphy di Pusat Perubatan Universiti Malaya di Damansara agak nya,,aku diletakkan di kelas kes peribadi. Kalau dah peribadi doktor pun peribadi lah nampaknya,,
Dulu aku dijaga oleh seorang doktor yang comel lagi lemah lembut,,semangat sungguh nak habiskan minyak kereta ulang alik K.L 2 minggu sekali,,tapi kali ini doktor tersebut telah ditukar ke unit wad pula dan seorang doktor yang juga wanita telah menggantikan beliau.Wahh,,amat tak best sekali kejadian ini apabila yang menggantikannya itu muka nya amatlah ketat dan tidak menyenangkan..

aku harap beliau ketat hanya pada muka,,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan