Khamis, 20 Januari 2011

Mesyuarat komuniti part 2

15 Januari 2011 mesyuarat komuniti d.i.y Tampin yang masih belum bernama sekali lagi diadakan di Sharifah Noor Tampin Square..tujuan nya adalah untuk mendapatkan idea dan kata putus mengenai nama band,,nama mestilah ke arah sesuatu yang tidak bersangkut paut dengan segala ciri yang melanggar etika.. Selain itu, tujuan nya juga adalah meminta idea daripada setiap rakan-rakan untuk aktiviti yang ingin dijalankan dalam komuniti ini.

Seramai 25 orang yang berminat menyertai mesyuarat komuniti pada kali ini dan disertai penuh oleh setiap anggota band masing-masing kecuali Shok dari Sermonize yang sedang berhempas pulas berkerja di pasar malam. Kali ini kehadiran di ambil dengan menulis nama penuh pada sebuah buku yang disediakan oleh Akem Sermonize supaya aku boleh memerhatikan tahap komitmen bagi setiap peserta yang mengaku jujur dan ikhlas ingin berbakti pada komuniti ini dan nama wajib ditulis sendiri.

Antara yang berjaya diputuskan pada mesyuarat kali ini ialah tentang sumbangan wajib setiap hujung bulan . Sebulan setiap ahli wajib menyumbang sebanyak Rm 5 untuk bulan Januari ini sahaja dan bulan seterusnya setiap ahli wajib menyumbang Rm 10 sebulan sehingga aku dan beberapa rakan dapat membuka sebuah studio design dalam tengah tahun ini..dan selepas itu sumbangan diturunkan kembali sebanyak Rm 5 sebulan..
Selain itu, idea untuk nama komuniti ini yang diberikan oleh Pidut Sermonize juga diterima sebulat suara oleh setiap ahli pada kali ini. Minority Trace yang mempunyai maksud yang sangat hebat dan bertepatan sebagai sebuah komuniti yang ingin berkerja keras namun mengekalkan kerendahan hati(maksud akan diterangkan pada blog onehandtyper.blogspot)

Ada juga ahli-ahli baru yang masih belum memahami tentang atitud hc/punk dan fungsi komuniti diminta berjumpa dengan aku di lain masa..tak kira di rumah atau di kedai makan..tapi kalau berani anda diminta terus bertanya kepada Abang Ateng dan rakan-rakan lain..beliau seorang uncle yang cool..

2 ulasan: