Isnin, 24 Januari 2011

Aku

Nama aku Muhammad Syafi'e bin Yusran,,ada 2 nama tokoh di situ dan 'yusran' bermaksud 'kemudahan atau mudah'..
Kekuatan aku bukan terletak pada size fizikal ni,,memang aku seorang yang kudung membuktikan aku sangat lemah,,tapi aku percaya ramai yang tertanya-tanya cara aku menaip...di situlah terletaknya kekuatan ku bila aku mampu berfikir positif..Alhamdullillah

Memang banyak juga aku bercerita tentang agama ,menasihat,mengkritik dan motivate kawan-kawan,,segalanya berhasil dengan baik. Ramai kawan-kawan ku yang berjaya ku perbaiki pemikiran mereka yang dulunya sempit..lalu ku bentuk menjadi seorang yang penuh jatidiri tetapi tanpa mereka sedari..kerana aku bukan tuhan untuk diagung-agungkan..
Tetapi aku bukanlah seorang yang baik dan alim , itu adalah cara aku untuk berkongsi cerita bersama semua yang sudi mengetahui bahawa hidup bukan untuk kita merasakan kepuasan sendiri namun hidup ini
sebenarnya merupakan dewan peperiksaan yang diadakan tanpa mengira waktu.,akan tetapi mengikut tahap kekuatan dan kemampuan seseorang insan itu,,kuncinya ialah sabar.

Ya,aku lebih banyak memikirkan orang lain daripada diri aku sendiri..
dan aku telah terima ujiannya hari ini,,aku redha,,moga Allah memberkatimu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan